fbpx

Siti Nurhaliza ucap terima kasih, ramai puji persembahan Munbe Vaa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Nurhaliza berterima kasih kepada semua penyokongnya yang memuji persembahannya di konsert A. R Rahman, Secret of Success-Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - FOTO FB Siti Nurhaliza

PETALING JAYA – Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, berterima kasih kepada semua penyokong yang tidak putus memberi kata-kata pujian terhadap persembahannya ketika menyanyikan lagu klasik Tamil berjudul Munbe Vaa.

Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa TokTi berjaya memukau hampir 60,000 penonton yang hadir pada konsert A. R Rahman, Secret of Success-Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Siti Nurhaliza merupakan antara artis undangan dalam menjayakan konsert penyanyi dan komposer legenda India A. R Rahman itu.

“Bangun pagi hari ini, terharu baca tulisan dan komen di media sosial berkaitan persembahan saya di konsert A. R Rahman malam tadi.

“Alhamdulillah, tiada apa dapat saya lafazkan, bersyukur dan berterima kasih di atas peluang yang datang, saya berusaha semampu saya untuk memberikan yang terbaik, bukan untuk diri saya sahaja tetapi buat peminat, penonton dan tentunya buat Malaysia,” tulisnya menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial, hari ini.

Tambah Siti Nurhaliza, ketika menerima ‘lamaran’ daripada seniman A. R Rahman itu, beliau tanpa berfikir panjang terus bersetuju untuk bergabung di atas satu pentas.

“Sewaktu menerima e-mel, saya tidak berfikir panjang, terus menerima undangan beliau kerana saya tahu dalam setiap apa yang kita lakukan, dalam apa bidang sekalipun, kita ada ‘wishlist’ yang kita ingin capai. Salah satunya saya telah capai malam tadi di konsert A. R Rahman.

“Setiap ucapan, setiap komen, setiap semangat yang anda berikan, adalah untuk kita semua, muzik menyatukan kita dan kita dapat menyanyikan lagu keharmonian bersama-sama,” luahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI