fbpx

6.9 juta sampul ‘angpau’ diperlukan bagi Tahun Arnab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 6.9 juta sampul merah atau ‘angpau’ diperlukan di seluruh negara bagi sambutan Tahun Baharu Cina, tahun ini.

Perkara itu didedahkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi saluran media sosialnya, hari ini.

Menurutnya, jumlah sampul merah itu adalah anggaran yang di buat berdasarkan populasi etnik Cina di Malaysia dengan setiap seorang dijangka menerima satu sampul.

“Berdasarkan data dikeluarkan, Selangor menunjukkan keperluan sampul merah paling tinggi iaitu 1.76 juta sampul diikuti Johor (1.21 juta), Kuala Lumpur (727,000), Pulau Pinang (717,200) dan Perak (641,300),” katanya.

Selain itu, DOSM turut mendedahkan bahawa trend pemberian sampul merah berisi RM10 lebih tinggi ketika sambutan Tahun Baharu Cina berbanding RM5 pada sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Trend pemberian duit raya sebanyak RM5 mula meningkat sejak tahun 2012,” katanya.

Dalam pada itu, DOSM turut mendedahkan, sebanyak 2,986 buah hotel dan 53,088 restoran di seluruh negara tersedia untuk tradisi ‘makan besar’ terutama pada malam sebelum Tahun Baharu Cina.

“Lagi sekali, Selangor kekal mendahului dengan 12,591 hotel dan 405 restoran diikuti Sabah (8,363 hotel dan 335 restoran) dan Johor (6,156 hotel dan 304 restoran,” katanya.

Katanya, tradisi makan besar penting bagi masyarakat Tionghua dan kebiasaannya mereka memilih hotel dan restoran selain di rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI