fbpx

Pelakon lelaki popular didakwa di mahkamah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Pelakon lelaki popular yang ditangkap kerana didakwa menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut, di sini akan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur, esok.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, individu berusia 37 tahun itu akan didakwa esok di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Dia dijangka akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pukul 9 pagi, esok.

”Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu media melaporkan, pelakon lelaki berusia pertengahan 30-an itu direman tiga hari selepas disyaki menumbuk dan menendang seorang penghuni kondominium di Segambut, di sini, Jun lalu.

Pelakon yang mendiami kondominium sama dilaporkan menumbuk dan menendang mangsa selepas rakan mangsa yang hendak menghantar minyak masak dilarang memasuki kawasan kondominium berkenaan oleh pengawal keselamatan di situ.

Kejadian dipercayai berlaku selepas berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dengan pengawal keselamatan sebelum pelakon terbabit datang secara tiba-tiba dan memukul mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI