fbpx

K2

Survival Kopi Cap TV dari 1960-an

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pekerja Kluang Coffee Powder Factory Sdn. Bhd. mengendalikan proses penyejukan biji kopi yang baru saja dibakar.

KLUANG ialah sebuah daerah dan bandar di negeri selatan tanah air, Johor Darul Takzim yang terkenal dengan imejnya sebagai ‘bandar kopi’.

Bilang sahaja jenama tempatan antaranya My Kluang Coffee, Kluang Rail Coffee mahupun Kopi Cap Televisyen (TV), kopi-kopi itu sudah lama meniti di bibir ramai dari generasi ke generasi.

Penggemarnya terdiri daripada berbilang kaum di seluruh Malaysia. Malah, ia turut memiliki pengikut tersendiri dari Kota Singa yang saban minggu sanggup ke Johor untuk memburu secangkir kopi o di daerah itu.

Jenama Kopi Cap TV dikeluarkan oleh Kluang Coffee Powder Factory Sdn. Bhd.

Pengurusnya, Goh Yong Kian berkata, Kopi Cap TV diwarisi daripada mendiang datuknya, Goh Tong Tor yang mencipta jenama kopi itu pada tahun 1966.

“Idea mencipta jenama kopi ini timbul apabila datuk saya melihat pada masa itu ramai orang berkumpul tidak kira usia untuk menonton TV.

“TV menjadi simbol tumpuan untuk orang bertemu dan berbual. Dari situlah kisah kopi ini bermula,” katanya ketika ditemui K2 baru-baru ini.

 

SEORANG pekerja Kluang Coffee Powder Factory Sdn. Bhd. di Kluang, Johor sedang tekun mengisar biji kopi bagi memastikan kualiti produk itu sentiasa terpelihara.

 

Menurut Yong Kian, keistimewaan kopinya terletak pada gabungan tiga jenis biji kopi dikenali sebagai liberica yang diambil dari Chamek, Kluang dan jenis robusta dari Vietnam serta arabica dari Brazil.

“Biji kopi Chamek ini dipilih kerana mempunyai rasa yang kuat, manakala robusta paling pekat dan arabica paling wangi,” katanya.

Yong Kian berkata, jika dahulu, syarikatnya memfokuskan kopitiam, kedai makan dan kantin untuk pemasaran produknya, kini ia sudah menembusi pasar raya, selain menumpukan segmen jualan online.

“Kami juga mengeksport produk kopi ke China dan Filipina. Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu, kami terkejut kerana jualan online meningkat 10 kali ganda daripada jualan di kilang. Setiap hari 5,000 kilogram (kg) kopi dikeluarkan dalam pelbagai jenis bentuk seperti serbuk, uncang dan biji,” katanya.

 

KOPI Cap TV begitu istimewa kerana menggabungkan tiga jenis biji kopi meliputi liberica, robusta dan arabica.

 

Jelasnya, produknya juga diiktiraf sebagai produk pelancongan Johor dan mendapat sokongan kerajaan negeri itu.

“Sejak lima tahun lalu, kilang kami menjadi pusat pameran dan pelancongan. Kami menerima pengunjung yang mahu melihat sendiri bagaimana kopi diproses dari mula hingga akhir, malah mereka boleh membeli kopi segar yang baru dibakar.

“Sebelum PKP, pada Jumaat hingga Ahad, kami menerima hingga 30 bas pelancong dari Singapura, itu tidak termasuk rakyat tempatan,” katanya.

Tambahnya, kilang itu amat menghargai tenaga 50 pekerjanya dan menjaga kebajikan serta hak mereka.

“Sebelum PKP, setiap bulan kami meraikan hari jadi kakitangan. Saya sendiri sedar bahawa saya hanya mempunyai dua tangan dan kaki, saya tidak boleh mengemudi syarikat tanpa bantuan mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI