fbpx

PKPKD dilaksana di Penjara Kepayan, Kuarter Anggota Pegawai Matambai bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR- Sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Kepayan dan Kuarter Anggota Pegawai di Kampung Matambai, Kota Kinabalu, Sabah bermula esok hingga 2 November ini

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD itu membolehkan pergerakan keluar masuk di kawasan tersebut dapat dikawal dan memudahkan pelaksanaan ujian saringan Covid-19 dilaksanakan.

“Jumlah keseluruhan individu terlibat adalah seramai 3,511 orang merangkumi 2,914 banduan dan 597 kakitangan penjara.

“Bekalan keperluan makanan akan diagihkan oleh Kerajaan Negeri Sabah yang akan dikoordinasi Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri,” katanya dalam sidang akhbar di Kementerian Pertahanan, di sini hari ini.

Berikutan peningkatan kes positif Covid-19 dalam penjara, Ismail berkata prosedur operasi standard (SOP) baharu telah pun dibentangkan oleh Ketua Pengarah Penjara bagi mengelakkan penularan wabak oleh banduan-banduan baharu.

“SOP baharu ialah sebelum dimasukkan dalam penjara, banduan akan dimasukkan di pusat transit selama 14 hari terlebih dahulu. Selepas didapati negatif, mereka akan ditempatkan di satu tempat khas selama hari sebelum dimasukkan dalam penjara,” ujarnya.

Bagi individu yang bekerja di Singapura, Ismail berkata, beberapa kategori permohonan bagi urusan keluar masuk ke Malaysia dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang boleh dipohon melalui MyTravelPass di laman web Jabatan Imigresen.

“Bagi rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan tidak mahu pulang dengan menggunakan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA), mereka boleh terus ke Pintu Masuk Bangunan Sultan Iskandar (BSI) atau Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan perlu menjalani Kuarantin Wajib 14 hari,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail berkata, MKN telah diarahkan untuk mengeluarkan cadangan SOP bagi sambutan Deepavali akan datang pada 14 November dan akan diumumkan sebelum tarikh sambutan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI