fbpx
Armizan ketika pengumuman SHMMP Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026 di Pekan Kundasang pada Jumaat. Foto oleh IVAN AMIRUL/KOSMO!

17 barangan kawalan sempena Pesta Kaamatan, Hari Gawai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

‎KUNDSANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengumumkan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026 bermula 27 Mei hingga 4 Jun ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, SHMMP yang berlangsung selama sembilan hari itu membabitkan 17 jenis barangan terkawal meliputi 12 barangan di Sabah dan Sarawak serta 11 barangan di Labuan.

‎”Pelaksanaan skim ini mengambil kira kepentingan pengguna agar mereka menikmati harga berpatutan dan peniaga juga tidak terbeban dengan tempoh tersebut. Bagi SHMMP Pesta Kaamatan 2026 di Sabah, kementerian mengenal pasti 12 barangan berbanding 10 barangan tahun lalu.

‎“Dua barangan baharu yang dimasukkan ialah halia tua import dan ubi kentang dari China,” katanya pada sidang akhbar sempena pengumuman SHMMP Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026 di Kundasang hari ini.

‎Menurut beliau, sebanyak 12 barangan disenaraikan berbanding 11 barangan tahun lalu dengan tambahan daging kerbau import dari India bagi sambutan Hari Gawai di Sarawak.

‎Armizan berkata, penentuan jenis dan harga maksimum dibuat melalui perbincangan bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, agensi berkaitan dan pemain industri.

‎“Di Sabah, antara barangan yang dikawal adalah babi hidup, daging babi, daging kerbau import, kepak ayam, cili kering keriting, bawang, halia tua import dan ubi kentang dari China.

“Di Labuan pula, 11 barangan disenaraikan termasuk daging babi, kepak ayam, cili kering keriting, bawang, halia tua import dan ubi kentang,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN