fbpx

Luahan Pembaca: Bentangkan segera Akta Sukan Selamat demi atlet negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain perseorangan lelaki No. 1 negara, Lee Zii Jia pernah keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia untuk menjadi pemain bebas.

SAUDARA PENGARANG,

Saya berharap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh supaya segera membentangkan Akta Sukan Selamat (Safe Sports Act) pada sesi Parlimen akan datang bagi mewujudkan satu persekitaran atau ekosistem selamat buat atlet di negara ini.

Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan khususnya telah berjanji untuk meminda Akta Sukan Selamat ketika pentadbiran yang lalu, namun gagal membentangkan akta ini pada sesi yang lepas.

Akta Sukan Selamat bukan sahaja tertumpu kepada isu-isu gangguan seksual, rogol, menghendap (stalking), tetapi turut merangkumi isu keganasan yang melibatkan fizikal dan melanggar hak-hak asasi manusia.

Saya melihat dalam hal ini, Malaysia jauh terkebelakang apabila bercakap isu polisi untuk melindungi dan menjaga kebajikan atlet atau pemain industri sukan keseluruhannya.

Kita juga masih belum memberi kebebasan sepenuhnya kepada atlet atau pemain negara yang berada di sesebuah naungan persatuan sukan untuk memilih berdikari menjadi pemain bebas seperti isu Lee Zii Jia pada tahun lepas.

Saya mengusulkan kepada Hannah supaya menubuhkan Akta Sukan Amatur (Amateur Sports Act) supaya tiada lagi isu persatuan sukan cuba menyekat suara atlet tanpa memberi kebebasan kepada atlet tersebut untuk membuat pilihan.

Ketika pentadbiran kerajaan silih berganti dan politik negara yang tidak menentu, sudah pasti kami ingin melihat satu anjakan paradigma dalam pentadbiran di setiap kementerian terutama dari sudut polisi yang menguntungkan rakyat terbawah.

YUSLAINI AZMI
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI