fbpx
NUAR menunjukkan durian yang dijual di gerainya kepada pelanggan di Teluk Lipat, Dungun semalam.

Pelanggan bertuah dapat durian black thorn berharga RM300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Seorang peniaga durian menarik pelanggan dengan menawarkan cabutan bertuah berupa sebiji durian jenis black thorn bernilai RM300.

Peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Nuar itu berkata, seramai 11 pelanggannya yang bertuah turut boleh membawa pulang durian jenis musang king, kahwin dan kampung secara percuma.

“Cabutan bertuah ini sebagai tanda penghargaan saya kepada pelanggan yang telah banyak menyokong perniagaan pada musim durian.

“Ini juga cara bersedekah bagi membolehkan sebahagian pe­langgan terutama dalam kala­ngan kurang berkemampuan merasai keenakan durian black thorn dan musang king,” katanya ketika ditemui di gerai buahnya di Teluk Lipat di sini semalam.

Nuar berkata, cabutan bertuah itu disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook Live.

Tambahnya, secara tidak langsung ia menceriakan gerai buah­nya sebagai inisiatif menarik ­lebih pelanggan.

“Kebanyakan bekalan durian yang saya jual didapati daripada Segamat, Johor dan Raub, Pahang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN