fbpx

Ahmad Fahmi nafi arah tukar panel Forum Perdana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fahmi

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil menafikan dirinya menjadi dalang yang mengarahkan anggota panel Forum Perdana Ehwal Islam yang diterbitkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) ditukar.

Katanya, beliau turut mengesahkan bahawa program bual bicara keagamaan itu juga bukanlah di bawah pengawalan kementeriannya.

“Ia bukan program (kementerian) saya, maka bagaimana pula orang boleh buat cerita kata saya yang suruh tukar ahli panel tertentu,”

“Orang di luar sana yang mungkin tidak faham dan bercakap macam-macam tetapi ramai tidak tahu, saya pun tiada punca kuasa untuk program sedemikian disiarkan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kelmarin, pendakwah terkenal, Dr. Ridhuan Tee Abdullah mendakwa kononnya beliau tidak dibenarkan menjadi antara panel forum tersebut atas arahan daripada seorang menteri.

Hantaran tangkap layar perbualan ringkas melalui aplikasi Whatsapp mengenai larangan jemputan ke atas agamawan Cina Muslim itu tular diperkatakan orang ramai yang memberikan pelbagai reaksi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI