fbpx

Isu telur, ayam akan diselesaikan – Mohamad Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu mengetip kad perakam waktu Menteri sebagai tanda memulakan tugas secara rasmi di pejabatnya hari ini.

PUTRAJAYA- Isu bekalan barangan keperluan terutama telur dan ayam serta harga munasabah menjadi antara fokus utama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu selepas memulakan tugas hari ini.

Mohamad berkata, isu bekalan makan dengan harga yang munasabah memerlukan perhatian serius seiring dengan ramalan ekonomi dunia merosot tahun hadapan yang pastinya memerlukan kaedah bagi menanganinya.

Beliau berkata, ini merupakan cabaran baharu kerana melibatkan keperluan makanan manusia berbanding sebelum ini yang bercakap soal keselamatan.

“Perkara pertama yang saya lakukan adalah akan mendengar taklimat sebelum merangka apa-apa perkara, manakala benda yang tersedia diteruskan dan benda baharu akan dibincang bersama pegawai yang semenangnya berpengalaman.

“Saya akan lihat soal harga makanan terutama telur kerana daripada golongan miskin sehingga atasan makan telur,” katanya selepas sesi ‘clock in’ di pejabatnya tadi.

Mohamad berkata, pihaknya akan mendapatkan gambaran sebenar situasi sebenar melalui taklimat dalam mencari kaedah yang terbaik keterjaminan bekalan makanan.

“Bagi saya apa keterjaminan makanan dengan harga munasabah itu penting. Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkali-kali membangkitkan isu ini ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan selepas mengangkat sumpah Perdana Menteri.

“Selapas saya mendapat gambaran sebenar dan mencari kaedah terbaik, barulah satu kenyataan bersama Datuk Seri Salahuddin Ayub yang menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan dibuat,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI