fbpx
Khairy Jamaluddin beramah mesra bersama pesakit selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Pengoperasian Hospital Cyberjaya di sini, hari ini.

PRU15: Tidak salah bercita-cita jadi PM – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CYBERJAYA – Calon Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin Abu Bakar menempelak lawannya dari Pakatan Harapan (PH) di Sungai Buloh yang mendakwa beliau ‘gila kuasa’ mahu menjadi Perdana Menteri.

Sambil menyifatkan kenyataan Datuk R. Ramanan itu cuma sebagai pendapat peribadi, beliau dalam nada sindiran berkata, semua ahli politik memang ada impian mahu jawatan tersebut.

“Tidak salah untuk sesiapa yang jadi Ahli Parlimen mempunyai cita-cita itu. Semua orang pun boleh sahaja ada impian (jadi Perdana Menteri),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga Menteri Kesihatan telah merasmikan Pengoperasian Hospital Cyberjaya yang turut dihadiri oleh Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman.

Fasiliti yang bernilai RM508 juta di kawasan seluas lebih lima hektar itu memiliki kapasiti 288 katil dan memberi manfaat kepada kira-kira 282,000 penduduk di sekitar Daerah Sepang.

Kelmarin, Ramanan pada sidang akhbar mendakwa tindakan Khairy mengumumkan hasrat menjadi Perdana Menteri disifatkannya sebagai gila kuasa, jawatan, glamor dan sesat jalan.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau itu menyasarkan cita-cita tersebut ketika berucap semasa berkempen dalam sesi Ceramah Kata Janji KJ di Saujana Utama pada Selasa lepas.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, bayangan diberikan itu membuktikan bahawa UMNO dan BN sebenarnya tidak ketandusan pemimpin pelapis yang boleh menerajui kerajaan persekutuan.

“Salahkah cita-cita padahal saya cuma beri bayangan itu sekali gus dapat berkhidmat kepada rakyat dan jika diberikan peluang untuk mengemudi negara kemudian, itu sahaja,” jelasnya.

Justeru ujarnya, beliau menyangkal tohmahan Ramanan kononnya impian itu sebagai sibuk berpolitik setiap masa sedangkan tiada masalah pun untuk ‘jaga’ kawasan dan ada cita-cita.

Bahkan, beliau merujuk semua penyandang jawatan tersebut yang sebenarnya boleh bekerja secara serentak untuk kedua-dua perkara dan bukan perkara baharu di mana-mana negara.

Kerusi Sungai Buloh menyaksikan pertandingan tujuh penjuru termasuk Mohd. Ghazali Md. Hamin dari Perikatan Nasional dan Mohd. Akmal Mohd. Yusof dari Parti Pejuang Tanah Air.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN