fbpx

Maritim Malaysia tahan 12 PATI cuba seludup masuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDATANG asing tanpa izin berada di dalam bot pancung yang ditahan oleh Maritim Malaysia di perairan Tanjung Rhu, Sepang, Selangor, semalam kerana cuba menyeludup masuk ke negara ini memalui jalan yang tidak diwartakan.

PORT DICKSON – Seramai 12 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Tanjung Rhu, Sepang, Selangor ketika cuba menyeludup masuk ke negara ini.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, kesemua yang ditahan itu merupakan warganegara Indonesia berusia di antara tiga hingga 49 tahun pukul 11.15 malam semalam.

“Hasil maklumat, pengesanan pergerakan curiga bot dari perairan Indonesia menuju ke perairan Tanjung Rhu yang diterima dari radar Sistem Pengawasan Laut (Swasla) telah disalurkan kepada aset Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan operasi ketika itu dan telah berjaya memintas bot tersebut.

“Pemeriksaan ke atas bor pancung bewarna kelabu tanpa nombor pendaftaran itu yang menggunakan tiga enjin sangkut mendapati terdapat seramai 12 orang termasuk empat lelaki, tujuh wanita dan seorang kanak-kanak perempuan.

“Kesemua mereka  tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan menurut salah seorang yang ditahan, tekong telah terjun ke laut dan melarikan diri ke arah pantai berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Iskandar, kesemua yang ditahan akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/1963 kerana masuk dan keluar dari Malaysia melalui jalan tidak dibenarkan atau jalan tidak diwartakan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI