fbpx
Gambar hiasan.

Empat negeri dijangka hujan lebat pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku terhadap empat negeri sehingga 9 pagi ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporannya berkata, hujan lebat dijangka di negeri Perak (Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim).

“Seterusnya di Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

“Cuaca tidak menentu itu juga diramal di beberapa kawasan di negeri Sabah dan Sarawak,” katanya.

Jelasnya, bagi Sarawak cuaca buruk berkenaan dijangka berlaku di Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang (Limbang).

“Bagi Sabah, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN