fbpx

PRU15: Konon mahu fokus banjir tapi bertanding juga PRU15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi ketika berucap pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Parlimen Sepang di Kompleks Muhibah Tanjung Sepat, di sini, hari ini.- FOTO/ FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menempelak Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yang sebelum ini mendakwa kononnya mahu menumpukan usaha kepada isu banjir berbanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, kini kedua-dua blok itu yang kelihatan paling ‘beria-ria’ berkempen dan aktif memperkenalkan calon masing-masing sekaligus membuktikan mereka takut kalah serta enggan Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri dikuasai mereka dibubarkan.

“Itu contoh hipokrasi blok politik tersebut yang sebelum ini memainkan sentimen kemarahan rakyat apabila kerajaan bubar Parlimen pada 10 Oktober lepas,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau hadir menunggang motosikal bagi melancarkan Jentera PRU15 Parlimen Sepang di Kompleks Muhibbah, Tanjung Sepat yang disertai lebih 800 penunggang motosikal.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi dalam nada sindiran turut terkesima apabila beberapa menteri besar dan ketua menteri di negeri dikuasai PH dan PN dicalonkan bertanding kerusi Parlimen.

“Saya pelik DUN mereka tidak dibubarkan tetapi ada hati lagi mahu bertanding kerusi Parlimen macam tiada calon lain yang layak, bahkan ada seronok tukar kerusi tertentu pula,” katanya.

Justeru, beliau mengajak rakyat untuk menghukum PH dan PN kerana tergamak menjadikan isu banjir sebagai bahan momokan bagi membenci BN sedangkan perkara itu jelas adalah fitnah.

Pada masa sama, beliau mengingatkan rakyat agar tidak lupa segala penipuan manifesto blok pembangkang ketika kempen PRU14 pada 2018 yang gagal ditunaikan semasa berkuasa.

Sebaliknya, rakyat diseru memilih BN yang terbukti rekod pentadbirannya serta tidak mengulangi kesilapan lalu memilih pembangkang hanya kerana hasutan fitnah dan janji palsu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI