fbpx

[VIDEO] Kubah Balai Islam Jakarta ranap ‘ditelan’ api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kubah itu dalam proses pengubahsuaian semasa kebakaran berlaku. - Tribunnews

JAKARTA – Polis Metro Jakarta Utara menahan empat pekerja binaan yang melakukan kerja pengubahsuaian di Pusat Islam Jakarta selepas kebakaran besar berlaku pada bangunan  berkenaan  petang semalam, lapor stesen penyiaran CNNIndonesia.

Sehingga kini, polis masih menjalankan siasatan bagi mencari punca kebakaran itu yang merobohkan kubah Balai Islam Jakarta.

“Setakat ini, kami telah menahan empat pekerja untuk disoal siasat,” kata Ketua Polis Metro Jakarta Utara, Komisioner Besar Wibowo.

Wibowo berkata, polis akan meminta maklumat berhubung prosedur operasi standard atau SOP pengubahsuaian termasuk api yang didakwa berpunca daripada proses pengubahsuaian di masjid berkenaan.

“Jadi kita akan meminta maklumat terperinci daripada empat pekerja yang kini dalam tahanan polis untuk memastikan adakah sama ada SOP dilaksanakan atau tidak sebelum dibandingkan dengan punca kebakaran,” katanya.

Selain itu, sambung Wibowo, polis juga bercadang memanggil pihak pengurusan masjid bagi mengetahui punca kejadian.

“Kita akan panggil semua yang terlibat. Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa berlaku,” jelasnya.

Balai Bomba dan Penyelamat (Gulkarmat) DKI Jakarta menerima maklumat bahawa kubah itu sedang diubah suai sebelum kebakaran berlaku.

“Menurut maklumat yang diperoleh, ketika pekerja binaan ingin memasang papan lapis di atas bumbung kubah masjid, pekerja tersebut mencairkan cecair asfalt,” kata Gulkarmat DKI menerusi akaun Instagram @humasjakfire.

“Asfalt adalah sejenis bahan hitam dan melekit seperti tar yang digunakan untuk menurap jalan. Disyaki berlaku percikan api daripada asfalt terkena bahan itu mudah terbakar sehingga berlaku kebakaran,” tulis akaun itu. – Agensi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Utusan Digital (@utusanonline)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI