fbpx
Persaudaraan dalam Islam tidak mengenal kaum, warna kulit dan keturunan, sebaliknya keimanan kepada Allah. – Gambar hiasan

Larangan menghina atas dasar kaum, keturunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Apa pandangan Islam tentang isu perkauman dan anti-Islam?

Jawapan:
Islam menolak perkauman. Ini kerana Islam bukan agama yang khusus untuk sesuatu kaum seperti mana terdapat agama dalam dunia ini yang jelas bersifat kaum tertentu.

Dalam solat (sembahyang), Muslim wajib mengulangi ungkapan yang bermaksud segala pujian untuk Allah yang merupakan Tuhan bagi seluruh alam.

Ungkapan ini dibaca oleh seorang Muslim dalam solat sekurang-kurangnya 17 kali sehari. Maka, orang Muslim yang memahami agamanya tidak pernah menyatakan agama Islam hanya khusus untuk kaum tertentu.

Bahkan pada masa ini, bangsa Arab yang merupakan kaum Nabi Muhammad SAW bukanlah bangsa majoriti dalam kalangan umat Islam. Bangsa Arab hanya sekitar satu perempat daripada jumlah keseluruhan umat Islam hari ini.

Menghukum seseorang yang tidak bersalah hanya disebabkan keturunannya adalah satu kezaliman.

Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir sama ada untuk dia menjadi Arab, Melayu, Inggeris, Cina, India atau selain itu.

Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang.

Maka, kita tidak boleh menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya.

Dosa ibu bapa tidak ditanggung oleh anak cucu. Islam menolak kepercayaan dosa warisan seperti mempercayai dosa Adam ditanggung oleh manusia.

Dosa seseorang tidak boleh dibebankan ke atas orang lain, sekalipun sebangsa dengannya, jika dia yang tidak terlibat dengan kesalahan itu. Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran:

(Maksudnya); “Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. Dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).

Al-Quran menjelaskan, Tuhan menciptakan manusia pelbagai kaum, bangsa dan kabilah untuk mereka mengenali antara satu sama lain.
Firman Allah;

(Maksudnya) Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuan-Nya. (Surah al-Hujurat: 13).

Nabi SAW Muhammad menegaskan hal sama: “Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ke atas ‘Ajam (bukan Arab), atau ‘Ajam ke atas Arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau berkulit hitam ke atas yang berkulit merah, melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan)

Maka, dalam sejarah Nabi Muhammad SAW, Bilal bin Rabah yang merupakan orang kulit hitam telah menjadi muazzin Nabi Muhammad SAW yang sentiasa dikenang setiap kali azan.

Demikian juga sahabat Nabi, Muhammad Salman al-Farisi dari Parsi yang diangkat kedudukannya.

Akidah Islam telah menyatukan bangsa-bangsa tanpa perkauman. Ini terbukti dengan lahirnya tokoh-tokoh besar umat Islam yang bukan Arab ketika pemerintahan umat Islam berada di tangan yang berbangsa Arab.

Umpamanya, dalam bidang hadis yang merupakan sumber agung Islam, al-Imam al-Bukhari iaitu Abu Abdillah Muhammmad bin Ismail (meninggal 256H), pengarang Sahih al-Bukhari bukan seorang Arab.
Beliau berasal dari Bukhara, Uzbekistan.

Di zaman ini, sekalipun amalan umat Islam lemah, namun sikap keterbukaan mereka yang tidak menghukum manusia hanya kerana perbezaan bangsa dan agama itu diamalkan.

Lihatlah kaum India yang beragama Hindu di Malaysia yang bebas mengamalkan agama mereka.

Bandingkan keadaan ini dengan nasib yang menimpa umat Islam di India.

Bandingkan kedudukan minoriti bukan Muslim dalam masyarakat Islam di seluruh dunia dan bandingkan pula keadaan derita moniriti muslim di negara-negara bukan Muslim.

Maka di Malaysia, yang menjadi isu bukanlah bangsa, tetapi sikap anti-Islam yang dizahirkan oleh sesetengah pihak tertentu. Kebetulan pihak tersebut dari bangsa-bangsa tertentu.

Maka apabila hal itu berlaku, kelihatan seperti pertembungan antara kaum, padahal ia merupakan pertembungan antara kumpulan yang anti-Islam dengan umat Islam yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN