fbpx

Bayaran parkir di Edinburgh £7.78 (RM38.30) sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Edinburgh mempunyai purata tempat letak kereta paling mahal mengikut jam. – Getty/ iStockphoto

LONDON – Senarai bandar paling mahal untuk caj tempat letak kenderaan di Britain telah dikeluarkan dengan pemandu perlu membayar sehingga £7.78 (RM38.30) untuk tempoh satu jam, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Syarikat kewangan Moneybarn menjalankan tinjauan di Britain bagi melihat bandar-bandar yang menawarkan perkhidmatan tempat letak kenderaan paling baik dan paling teruk.

Mereka mencari bandar mana yang mempunyai tempat letak kenderaan paling banyak selain lokasi dengan caj paling mahal dikenakan kepada pemandu.

Berdasarkan kajian, Edinburgh mempunyai purata caj tempat letak kenderaan paling mahal mengikut jam dengan kos sebanyak £7.78 (RM38.30).

Senarai itu diikuti rapat oleh Cambridge dengan purata £7.76 (RM38.20) sejam. Norwich menduduki tempat ketiga dengan kos purata £6.73 (RM33.13) sejam.

London muncul bandar keempat untuk lokasi parkir kenderaan paling mahal diikuti Brighton, Nottingham, Glasgow, Bristol, Liverpool dan Newark-on-Trent.

Dari aspek ketersediaan, Manchester mempunyai ruang tempat letak kenderaan paling banyak iaitu 37.77 ruang bagi setiap 1,000 kereta berdaftar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI