fbpx
MOHD. NAIM risau keadaan anaknya, Azi (gambar kecil) yang hilang sejak dua minggu lalu selepas dilarikan dari rumahnya di Kampung Semat Jal, Tumpat.

Bapa ejen kosmetik masih risau, hanya makan biskut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TUMPAT – Kehilangan lebih dua minggu ejen kosmetik dikenali Azi dari rumahnya di Kampung Semat Jal di sini merubah rutin harian bapa wanita itu apabila lelaki berkenaan hilang selera makan selain sukar tidur sejak tiga hari lalu.

Kakak kepada Azi yang enggan dikenali berkata, perubahan bapanya, Mohd. Naim Awang, 70, itu ekoran kebimbangan me­lampau memikirkan tentang ke­selamatan adiknya.

Menurutnya, bapanya hanya makan biskut dan air sahaja apabila lapar dalam tempoh itu.

“Dia tidak mahu menjamah nasi atau makanan berat kerana tiada selera makan. Bukan hanya makan, tidur ayah juga terjejas apabila dia sering memikirkan keselamatan Azi.

MANGSA culik dikenali sebagai Azi.

“Dia berfikir macam-macam meskipun pihak polis ada memaklumkan sudah ada perkembangan positif dalam usaha mengesan Azi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut wanita itu, situa­si tersebut membuat dia dan adik-beradik lain turut terkesan memikirkan kesihatan bapa mereka.

Berita berkaitan: Anak mangsa culik di Kelantan tidak ke sekolah

Berita berkaitan: Apa dosa anak saya sampai diculik

Katanya, selain itu, kehila­ngan Azi turut menjejaskan kesihatan ibu, Zahasnah Mohd Zain, 61, walaupun dia reda de­ngan kejadian tersebut.

“Hanya kepada Allah kami ber­serah. Setiap waktu kami doa­kan keselamatan Azi,” ujarnya.

Kosmo! sebelum ini melapor­kan, Ketua Polis Kelantan, Da­tuk Muhamad Zaki Harun berkata, perselisihan faham antara suami mangsa dengan ahli sindiket dadah yang turut disertainya dipercayai menjadi punca wanita itu diculik.

Menurutnya, keadaan itu di­percayai menjadi punca utama kepada penculikan Azi yang kini dipercayai berada di Thailand.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN