fbpx
Ejen kosmetik dipercayai diculik baru-baru ini.

Anak mangsa culik di Kelantan tak ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TUMPAT – Anak tunggal kepada seorang wanita ejen jualan kos­metik dikenali sebagai Azi, 36, yang dibawa lari dari rumahnya di Kampung Semat Jal di sini baru-baru ini sudah hampir dua minggu tidak ke sekolah.

Kakak kepada Azi yang enggan dikenali berkata, keluarganya membuat keputusan untuk tidak membenarkan remaja berusia 13 tahun itu ke sekolah kerana bimbang mengenai keselamatan dirinya.

Menurutnya, ia merupakan langkah berjaga-jaga yang perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingin berlaku dalam tempoh terdekat.

“Kami sudah memaklumkan mengenai perkara itu kepada pihak sekolah. Keputusan ini perlu dilakukan bagi mengelakkan anak Azi pula menjadi mang­sa culik.

“Buat masa ini, kami merasakan dia lebih selamat berada di rumah. Bukan dia sahaja, kami sendiri pun takut semasa berada di luar rumah dan hanya keluar apabila ada urusan penting sahaja,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Berita berkaitan: Apa dosa anak saya sampai diculik

Menurut wanita itu, emosi anak perempuan Azi semakin stabil selepas menerima bantuan kaunseling daripada kaunselor Jabatan Kebajikan Masyarakat baru-baru ini.

Katanya, remaja itu sebelum ini sering menangis kerana merindui ibunya, malah emosinya tidak stabil apabila menerima panggilan telefon daripada rakan-rakan yang bertanyakan mengenai peristiwa culik itu.

Berita berkaitan: Anak tunggal kerap menangis, trauma saksi ibu diheret penculik

“Keadaan itu juga menyebabkan dia tidak mahu ke sekolah kerana risau untuk berdepan dengan rakan-rakan. Dia juga tidak kuat untuk menjawab ­soalan-soalan daripada mereka,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, perselisihan faham antara suami mangsa dengan ahli sindiket dadah yang turut disertainya dipercayai menjadi punca wanita itu diculik.

Menurutnya, keadaan itu dipercayai menjadi punca utama kepada penculikan Azi yang kini dipercayai berada di Thailand dan sehingga kini gagal dikesan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN