fbpx
Tempoh Perkabungan Diraja adalah berbeza dengan waktu berkabung negara yang turut bermula pada Jumaat waktu London. - Getty Images

Raja Charles III minta tempoh berkabung keluarga diraja dipanjangkan lebih seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pemerintah Britain yang baharu, Raja Charles III telah meminta tempoh Perkabungan Diraja dipanjangkan sehingga selepas tujuh hari istiadat pemakaman bondanya, Ratu Elizabeth II selesai, lapor stesen penyiaran CNN hari ini.

Tempoh Perkabungan Diraja akan bermula Jumaat (waktu tempatan) dan akan berakhir selepas menerima keputusan pertimbangan oleh keluarga diraja mengenainya. 

Menurut kenyataan Istana Buckingham, tarikh pengebumian baginda Ratu akan disahkan dalam masa terdekat. 

Royal Residences akan ditutup sehingga selepas pengebumian Ratu, tambah kenyataan Istana.

Perkabungan Diraja adalah proses yang berasingan kepada Perkabungan Negara, yang juga bermula pada hari Jumaat.

“Tempoh Perkabungan Diraja akan diperhatikan oleh Ahli Keluarga Diraja, kakitangan Rumah Diraja dan Wakil Keluarga Diraja dalam tugas rasmi, bersama-sama dengan tentera yang komited untuk Tugas Istiadat,” tulis menurut kenyataan itu lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN