fbpx
INTAN LADYANA

Cinta pucuk muda Intan Ladyana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERCINTA tak semestinya berjodoh, namun pepatah ada menyebut, kalau sudah jodoh, takkan lari ke mana. Digenggam sekuat mana pun, kalau bukan jodoh, terlepas jua. Itulah antara laluan semalam yang dijalani pemilik nama lengkap Intan Nurladyana Mohamat Yahaya. Berkali-kali kandas dalam percintaan, namun hari-harinya berlalu harmoni tanpa perlu dihantui kegagalan silam.

Sebagai wanita yang percaya masa depannya masih terbentang, Intan, 38, bersikap optimis dalam setiap keputusan, termasuk dengan siapa dia hendak berkawan.

Seperti yang diketahui umum, pelakon yang cukup dikenali filem Jangan Pandang Belakang tersebut sedang hangat dilamun cinta dengan pelakon yang jauh lebih muda daripadanya, Harris Alif.

LAMA menyepi dalam dunia lakonan, Intan bakal muncul dengan drama bersiri yang bakal menghiasi slot Samarinda TV3 berjudul Bougainvilla sekitar hujung tahun ini.
– AMIR KHALID

Bagaimanapun, Intan tidak mahu terlalu galak bercerita tentang perihal cinta kerana bimbang menjemput kritikan netizen dan apa yang dirancangkan tidak menjadi kenyataan.

“Kalau boleh, saya tidak mahu bercerita terlalu banyak tentang cinta. Saya rasa anda semua kenal saya macam mana. Saya tidak selesa jaja hal peribadi.

“Bukan apa, kalau hubungan ini tidak sampai ke tahap itu (berkahwin), saya sendiri yang malu nanti. Jadi lebih baik saya diam sahaja buat masa sekarang,” kata Intan saat ditemui HibGlam selepas dilantik sebagai duta produk penjagaan kulit, AG Nutrition, baru-baru ini.

Nafi kahwin Mac

Sewaktu diajak bercerita, Intan banyak mengelak untuk memberikan jawapan kepada setiap pertanyaan yang kebanyakan berkisarkan percintaan dengan teman lelakinya, Harris.

Meskipun begitu, Intan tetap terbuka bercerita kerana katanya, sudah lama tidak bertemu dengan rakan media apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama diwartakan sejak Mac.

“Walaupun muda daripada saya, Harris seorang yang sangat matang dan mudah dibawa berbincang. Senang untuk berkomunikasi dengannya dan ada keserasian antara kami.

“Ada yang kata, orang muda tidak matang tetapi dia (Harris) berlainan. Saya sangat selesa dengannya dan tidak susah untuk berkomunikasi dengannya. Alhamdulillah,” kata Intan.

BELAJAR daripada kegagalan kisah cinta masa lalu, Intan berharap hubungan dengan Harris berakhir ke jenjang pelamin.

Sedang dalam fasa manisnya cinta, timbul desas-desus kononnya, Intan dan Harris akan melangsungkan pernikahan pada Mac tahun depan. Menafikan perkara tersebut, Intan berkata, dia tidak akan merahsiakan hari bahagianya andai akan berlaku dalam masa terdekat.

“Sejujurnya, saya pun baru dengar tentang hal itu. Beginilah, kalau ada perancangan ke arah itu, saya sendiri akan beritahu. Saya takut mahu sembunyikan hal tersebut daripada kawan-kawan media. Silap hari bulan saya pula yang kena ‘gam’ dengan anda semua (ketawa),” ujar Intan berseloroh.

Ketika ini, Intan sedang menjalin hubungan cinta dengan Harris yang 17 tahun lebih muda daripadanya.

Mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain, namun mula akrab pada awal tahun ini dah kemudian menjalinkan hubungan cinta beberapa bulan lalu.

Sebelum ini, Intan pernah menjalin hubungan cinta dengan jurulatih kecergasan, Kevin Zahri dan pelakon, Kamal Adli.

Menurut Intan, Harris bukan seperti lelaki awal 20-an yang lain.

“Dia tidak macam lelaki yang sebaya dengannya. Saya pun baru mengenali dia, jadi tidak tahu lebih mendalam mengenai dia. Kita pun belajar benda baru daripada orang lain.

“Kalau sudah jodoh, saya memang tiada masalah. Lebih tua atau muda, nak buat macam mana. Tetapi kalau dah memang ada keserasian dengan orang lebih berusia atau muda, saya okey sahaja,” katanya.

INTAN menafikan bakal melangsungkan perkahwinan dengan
Harris pada
Mac tahun hadapan.

Selektif

Beralih tentang perkembangan kerjayanya, Intan agak selektif dari segi pemilihan watak dan karya, namun itu tidak bermakna dia sudah tidak mempunyai ‘hati’ untuk terus berada dalam dunia lakonan.

“Saya ada sahaja, namun memang tidak seaktif dahulu. Tawaran banyak, namun saya perlu selektif dari segi pemilihan karakter dan karya.

“Kalau dahulu saya boleh berlakon watak anak dara, sekarang mungkin saya perlu sesuaikan dengan peredaran usia. Saya sedia lakonkan watak ibu atau wanita berusia,” katanya.

Selain ingin aktif semula berlakon, Intan turut memikirkan perancangan masa depan. Tidak lama lagi dia bakal muncul dengan perniagaan sendiri.

“Saya sedang dalam perancangan untuk lancarkan produk sendiri. Kalau sudah ada yang boleh dikongsi, saya akan kongsi nanti. Insya-Allah,” kata Intan menutup bicara.

BAGI Intan, usia bukan penghalang untuk dua jiwa disatukan sebagai pasangan suami isteri.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN