fbpx

Bahan toksik punca ribuan ikan mati di Poland, Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai ikan dirakam di tebing Sungai Oder di Schwedt, Jerman, 12 Ogos lalu. - AFP

BERLIN, JERMAN – Sejenis bahan bertoksik tinggi dikenal pasti menjadi penyebab kepada kematian beribu-ribu ekor ikan di Sungai Oder yang merentasi Jerman dan Poland, sekali gus disifatkan sebagai bencana ekologi berskala besar, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin. 

Berdasarkan analisis yang dibuat terhadap kandungan air sungai, bukti menunjukkan terdapat bahan kimia sintetik, berkemungkinan besar memberi kesan toksik kepada ikan, kata Kementerian Alam Sekitar negeri Brandenburg.

Tambah kementerian berkenaan, setakat ini masih tidak dapat dijelaskan bagaimana bahan beracun itu boleh memasuki air sungai.

Menurut stesen penyiar tempatan, RBB, makmal negeri mendapati terdapat kadar merkuri yang tinggi dalam sampel air.

Namun, Ketua Air Poland, Przemyslaw Daca berkata, kehadiran merkuri tersebut masih belum dapat disahkan.

“Buat masa ini, ia hanyalah laporan media. Kami belum mendapat sebarang pengesahan mengenai kehadiran merkuri dalam air Sungai Oder,” katanya.

Dalam satu amaran yang dikeluarkan kepada orang ramai awal minggu lepas, penduduk Jerman di daerah Uckermark and Barnim, yang menempatkan bukit-bukit dan rizab alam dinasihatkan agar mengelak daripada menggunakan atau terkena air dari Sungai Oder dan terusan bersebelahannya.

Ia susulan penemuan ribuan ikan yang mati disebabkan punca ‘misteri’ di sungai yang merentasi Jerman, Poland dan Republik Czech itu.

Perdana Menteri Poland, Mateusz Morawiecki berkata, tumpahan bahan kimia itu seperti disengajakan.

“Kami tidak akan membiarkan perkara ini. Kami tidak berehat sehingga mereka yang bersalah dihukum.

“Skala pencemaran ini amat besar, terlalu besar sehingga mungkin menyebabkan Sungai Oder mengambil masa bertahun-tahun untuk kembali kepada keadaan normal,” kata beliau. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI