fbpx

Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 13 Oktober 2019 menunjukkan Rushdie bergambar bersama bukunya, Quichotte dalam sesi fotografi di London. - AFP

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di negeri New York semalam.

Susulan serangan sejurus sebelum pukul 11 pagi (waktu tempatan) itu, Rushdie dibawa menaiki helikopter ke hospital dan memerlukan pembedahan kecemasan, kata ejennya dalam satu kenyataan kepada akhbar The New York Times.

“Rushdie berkemungkinan besar hilang satu mata. Saraf tangannya rosak teruk dan hatinya juga rosak akibat ditikam,” kata ejen penulis itu, Andrew Wylie sambil menambah, Rushdie tidak boleh bercakap.

Polis negeri New York mengenal pasti suspek terbabit sebagai Hadi Matar, 24, dari Fairfield, New Jersey, namun motif serangan masih belum jelas.

Polis berkata, Rushdie ditikam di leher dan perut. Sebilangan penonton bergegas ke pentas dan menjatuhkan suspek sebelum seorang anggota polis dalam acara tersebut menangkapnya.

Serangan berlaku di Institusi Chautauqua yang menjadi tuan rumah kepada program seni di kejiranan tepi tasik, 70 kilometer ke selatan bandar Buffalo.

Carl LeVan yang merupakan profesor politik dari Universiti American memberitahu agensi berita AFP bahawa dia melihat suspek berlari naik ke pentas di mana Rushdie sedang duduk dan menikamnya berulang kali dengan  ganas.

“Suspek menikam Rushdie seberapa banyak yang boleh sehingga dia ditewaskan. Suspek mahu membunuhnya,” kata LeVan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI