TAHUN lalu, penyanyi Handong daripada kumpulan Dream Catcher terbang ke negara kelahirannya China untuk menyertai program realiti Youth With You Season 2, namun gagal menempatkan diri ke peringkat akhir.
Bagaimanapun hasratnya untuk kembali ke Korea Selatan terhalang selepas China menutup laluan keluar dan masuk berikutan penularan Covid-19.
Situasi itu menyebabkan Handong terkandas di China selama beberapa bulan, namun sepanjang berada di sana, masanya diisi dengan latihan dan persediaan untuk kemunculan bersama Dream Catchcer.
Kebimbangan peminat terhadap Handong akhirnya terungkai selepas dia dilaporkan telah selamat tiba di Korea Selatan baru-baru ini seperti yang tersebar dalam internet.
Beberapa keping gambarnya ketika tiba di lapangan terbang menjadi sohor kini dalam Twitter.
Kepulangan Handong sekali gus memberi khabar gembira buat peminat yang selama ini menantikan buah tangan terbaharu daripada Dream Catcher.














