fbpx

Kes denggi meningkat 5.5 peratus di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan sebanyak 5.5 peratus dalam tempoh seminggu pada bulan ini.

Berdasarkan statistik Jabatan Kesihatan negeri, sebanyak 533 kes direkodkan antara 20 hingga 26 September pada minggu epid (ME) ke-39 tahun ini.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, jumlah itu jelas menunjukkan peningkatan berbanding 524 kes pada minggu sebelumnya.

Katanya, lima daerah utama yang mencatatkan kes denggi tertinggi adalah Petaling iaitu 13,608 kes, Hulu Langat (8,091), Klang (6,440), Gombak (5,603) dan Sepang (2,198).

“Jumlah lokaliti yang aktif adalah sebanyak 192 iaitu meliputi perincian lokaliti ‘panas’ iaitu 20, wabak tidak terkawal (14), wabak terkawal (148) dan wabak baru (10).

“Sebanyak 36 kematian dilaporkan dalam tempoh itu iaitu penurunan 25 peratus berbanding 48 kes pada tahun lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ujar Sha’ari, jumlah kes itu bagaimanapun menunjukkan penurunan sebanyak 30.3 peratus iaitu keseluruhan 16,908 kes berbanding 55,773 dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun lalu.

Justeru, beliau menegaskan pencegahan denggi perlu dipertingkatkan dengan penglibatan aktif dan kerjasama semua agensi dan masyarakat setempat.

“Kami menyarankan komuniti di kawasan kediaman dan tempat kerja melaksanakan gotong-royong secara berkala dengan mengamalkan pendekatan norma baharu.

“Ia termasuk memastikan penjarakan fizikal dan  perlu menggunakan pelitup muka ketika menjalankan aktiviti terutama di lokasi umum,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI