fbpx

Perak tiada masalah projek Persekutuan dibatalkan, ditangguhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (kanan) bercakap pada sidang akhbar di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. /FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Penangguhan dan pembatalan projek yang diumumkan kerajaan sebagai langkah penjimatan tidak menjejaskan Perak ekoran projek yang sudah dimulakan masih diteruskan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, projek yang ditangguhkan atau dibatalkan kerajaan Persekutuan tersebut merupakan projek yang diluluskan oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

“Itu pengumuman yang dibuat oleh menteri yang menjaga EPU dan ICU sebab tapisan bagi permohonan projek diluluskan itu berasaskan yang diperuntukkan oleh EPU dan ICU.

“Di Perak, saya tidak nampak ada masalah kerana projek yang telah dimulakan, diteruskan dan itulah jawapan saya kerana yang lain adalah projek Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Sementara, itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Keranji, Chong Zhemin meminta pihak kerajaan Persekutuan serta negeri mengumumkan segera projek-projek yang akan dibatalkan atau ditangguhkan.

Menurut Zhemin ia kerana nilai projek pembangunan di Perak di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) berjumlah RM27.58 bilion melibatkan 1,389 projek berdasarkan laporan berita pada November tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI