fbpx
KAWANAN gajah yang besar banyak membantu mengurangkan stres anak gajah yang kehilangan induk.- GAMBAR HIASAN

Gajah dewasa bantu anak gajah hilang stres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SOKONGAN sosial daripada kawanan gajah dapat mengurangkan tahap stres anak gajah kehila­ngan induknya.

Penyelidik dari Universiti Colorado State dan Institut Konservasi Biologi Smithsonian, Washington, Amerika Syarikat serta Persatuan Save The Elephant Kenya mendapati, tingkat stres anak gajah liar dan kemampuan untuk pulih daripada kehilangan dibantu dengan sokongan tersebut.

Pasukan penyelidik melihat perilaku tersebut berdasarkan pengamatan mereka terhadap gajah savana Afrika.

Selama beberapa dekad, gajah savana Afrika yang merupakan haiwan darat terbesar di dunia mengalami penurunan populasi kerana peningkatan pemburuan haram dan musim kemarau.

Situasi berkenaan menyebabkan banyak gajah kehilangan induk.

Di sisi lain, proses untuk anak gajah menjadi dewasa cukup lama, sekitar 20 tahun.

Semasa hidupnya, anak gajah amat bergantung pada induk untuk membesar.

Dalam kajian itu, penyelidik mempelajari tahap stres anak gajah semasa beradaptasi dengan perubahan mendadak dalam hal rawatan.

Mereka menguji kadar metabolit glukokortikoid (GCM) untuk mengukur tingkat stres mamalia itu.

Dalam hal ini, mereka mendapati, tingkat stres anak gajah yang kehilangan induk mempunyai tahap GCM lebih rendah apabila hidup dalam kawanan besar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN