Nelissa bersama Zul Ariffin dalam drama Tarik Aku ke Syurga.

Saya layak pegang watak heroin – Nelissa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Di sebalik pelbagai kritikan yang diterima, aktres meningkat naik, Nelissa Nizam tetap mempertahankan kredibiliti dan kelayakannya untuk memegang watak heroin bagi drama Tarik Aku Ke Syurga.

Tidak berkecil hati dengan perkara tersebut, pemilik nama penuh Nelissa Edreena Nizam, 24, mengakui pernah menerima mesej menerusi media sosial yang mempertikai kemampuannya untuk watak utama sebagai Zara Adelia di samping heronya, Zul Ariffin.

“Ya, saya tahu dan dapat ba­nyak komen yang kata tak cukup lawa, buruk, tidak layak dan macam-macam lagi.

“Saya ada kekurangan pada wajah, tetapi inilah Zara untuk anda semua. Seorang gadis kampung yang tidak kisah tentang rupa, solekan dan fesyennya.

“Selain itu saya cuba jadikan watak Zara sangat polos sebaik mungkin kerana itulah karakternya,” katanya.

Walaupun dikecam, dia yang pernah membintang drama Anak Tebing 2 itu tetap bersyukur dan menghargai dengan kecantikan yang dimilikinya.

Bahkan, tidak menjadikan kritikan orang sebagai pematah semangat, Nelissa tetap merasakan dirinya layak untuk memegang watak heroin drama tersebut.

“Kecantikan dinilai berbeza oleh setiap individu. Ada yang rasa saya cantik dan sebaliknya tetapi itu tidak penting.

“Saya sangat suka dengan kulit sendiri, mata kecil dan bibir terjungkit ini.

“Walau apapun orang fikir, saya akan tetap begini dan jelita dengan cara sendiri.

“Akhir sekali, saya layak dan bersyukur dengan amanah ini. Watak Zara itu milik saya dan telah lakukan sebaik mungkin untuk menjayakannya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN