fbpx
POCHETTINO dipecat PSG biarpun berjaya membantu kelab itu merampas gelaran Ligue 1 musim lalu. – AFP

Mauricio Pochettino akui hilang arah tuju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Bekas ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino masih tercari-cari hala tuju baharu setelah khid­matnya secara rasmi tidak lagi diperlukan oleh gergasi Ligue 1 itu.

Pochettino, 50, mendedahkan beliau kini giat menghantar permohonan kepada beberapa kelab di Eropah bagi meneruskan karier­nya dalam kejurulatihan.

“Saya seolah-olah hilang hala tuju setelah dipecat oleh PSG. Sehingga kini saya masih ternanti-nanti tawaran daripada mana-mana kelab yang mahukan khidmat saya.

“Saya sedar perlu berdepan saingan yang cukup hebat daripada beberapa pengendali lain yang saya sifatkan jauh lebih hebat daripada saya ketika ini.

“Apa-apa pun, saya sama sekali tidak patah semangat dan terus berharap agar ada kelab yang akan menawarkan kontrak kepada saya nanti,” katanya.

Begitupun, bekas pengurus Tottenham Hotspur itu tetap berbangga dengan pencapaian­nya memastikan PSG kembali me­rampas kejuaraan Ligue 1 musim lalu yang merupakan gelaran liga ke-10 kelab tersebut.

“Terima kasih Nasser (Al-Khelaifi, Presiden PSG) kerana memberikan peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga PSG. Banyak kenangan manis kami bersama dan sekarang tiba masa untuk ucap selamat tinggal,” jelasnya.

Tempat Pochettino kini digantikan bekas pengurus Lille, Christophe Galtier yang dilantik dengan kontrak selama dua tahun dalam usaha memastikan PSG lebih cemerlang musim depan dan mampu membawa pulang gelaran Eropah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN