fbpx

Gadis Kampus: Pidato pupuk minat Syamimi ambil jurusan undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAMIMI mahu bergelar peguam sebaik menamatkan pengajian kelak.

MEMPUNYAI karakter yang suka ke hadapan, gadis kampus kali ini suka beraksi di pentas sejak kecil.

Setiap kali pihak sekolah menganjurkan pertandingan pidato, pengucapan umum mahupun menari, pemilik nama Syamimi Imanina Zafri, 20, pasti akan turut serta.

Bahkan anak kedua daripada dua beradik ini pernah dianugerahkan sebagai pembahas terbaik dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen ketika dibangku sekolah.

Personaliti dan pengalaman yang ditimbanya sejak zaman persekolahan itulah yang membentuk dirinya hari ini sehingga dia mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.

SYAMIMI mengakui seronok melalui zaman bergelar mahasiswi bersama rakan.

Tambahan pula, dia telah didedahkan dengan dunia perundangan pada usia muda apabila melihat beberapa posting yang dimuat naik oleh salah seorang peguam idolanya.

“Saya bercita-cita mahu bergelar Civil Litigation Lawyer sebaik menamatkan pengajian kelak.

“Saya sebenarnya mengidolakan peguam Tatty Hassan sejak dibangku sekolah yang mana pada waktu itu, saya mengikuti laman sosial Instagram dan Twitternya.

“Di situ, beliau sering berkongsi kehidupan sebagai seorang peguam sebenar.

“Beliau pernah memuat naik hantaran terpaksa pulang lewat malam untuk menyiapkan satu-satu kes, tetapi bagi saya, itulah kerja sebagai seorang peguam,” katanya.

ANAK bongsu daripada dua beradik ini menyeru agar anak-anak muda menghormati institusi diraja.

Bukan itu sahaja, Syamimi juga pernah mengikuti forum yang turut disertai oleh Tatty Hassan sebagai ahli panel.

Katanya, dia melihat Tatty Hassan sangat profesional dalam bidangnya sehingga membuatkan saya tertarik untuk mendalami bidang ini.

“Bahkan dalam Twitternya juga, beliau selalu berkongsi satu-satu kes yang viral dan apa tindakan boleh diambil.

“Saya sangat seronok membaca perkongsian tersebut dan pada masa masa yang sama, boleh tambah ilmu,” ujarnya.

Bersempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong yang disambut hari ini, wanita yang berpendidikan undang-undang ini menyatakan kecanggihan teknologi hari ini menyebabkan ramai menyalahgunakan platform tersebut hingga mempersoalkan hak atau kuasa raja-raja Melayu.

Menurutnya, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Katanya, jika masyarakat peka dengan Perkara 153 yang menyatakan kewajipan Yang di-Pertuan Agong untuk menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan warga Malaysia lain.

Jadi katanya, peranan baginda begitu besar dalam memelihara hak istimewa yang telah digariskan dan keharmonian negara.

Katanya lagi, sebagai rakyat Malaysia, tidak seharusnya mempersoalkan kuasa raja-raja Melayu jika mereka betul-betul menghayati perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tambahan pula ia merangkumi dan memelihara hak semua kaum.

“Bagi saya, antara caranya adalah dengan menggalakkan masyarakat untuk lebih menghayati prinsip negara melalui media sosial terutamanya prinsip Rukun Negara yang kedua.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memberikan taat setia, jujur dan ikhlas kepada negara.

“Sebagai umat Islam juga, rasa hormat kepada institusi diraja sangat penting kerana di Malaysia, Yang di-Pertuan Agong ialah ketua agama Islam bagi negeri-negeri yang tiada Sultan.

“Pada masa sama, penganut agama lain juga mestilah turut taat serta hormat kepada pemerintah,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI