fbpx
Tangkap layar rakaman video penunggang motosikal memukul lelaki warga emas di Padang Jawa, Shah Alam baru-baru ini.

Lelaki pukul warga emas didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Penunggang motosikal yang sebelum ini dicekup kerana memukul seorang warga emas di Padang Jawa sini akan didakwa esok.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pendakwaan terhadap suspek berusia 23 tahun itu akan dilakukan di Mahkamah Shah Alam.

Katanya, suspek sebelum ini direman sejak Isnin lalu dan berakhir esok.

“Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan di Mahkamah Shah Alam pada pukul 9 pagi esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-dua sekali.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang penunggang motosikal yang tular memukul lelaki warga emas di jalan berdekatan jejantas Padang Jawa, Ahad lalu dicekup polis bagi membantu siasatan.

Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan selepas mangsa berusia 61 tahun tampil membuat laporan, kira-kira pukul 2 petang hari sama.

Warga emas, Zainol Din Hussein dalam sidang akhbar khasnya hari ini bersedia memaafkan suspek namun menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan. – KOSMO !ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN