fbpx

“Ertinya cuai, akhirnya yang kena saya” – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

KUALA LUMPUR – “Inilah saya sendiri tidak faham. Kenapa bayar lebih dan kadang-kadang bayar kurang (pembayaran kad kredit). Ertinya ini cuai. Akhirnya yang kena saya. Adakah ini satu keadilan?”.

Demikian keterangan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam perbicaraan bela diri yang turut mempersoalkan mengapa beliau yang dituduh di mahkamah atas kesalahan pecah amanah dana Yayasan Akalbudi sedangkan perbuatan itu disebabkan oleh kecuaian bekas setiausaha eksekutifnya Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly dalam membuat transaksi pembayaran kad kredit milik beliau.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika menjawab soalan peguamnya, Datuk Ahmad Zaidi Zainal pada sesi pemeriksaan utama dalam prosiding hari ini.

Terdahulu peguam itu ketika itu menyoal anak Ahmad Zahid berhubung transaksi lebihan dan kekurangan pembayaran kad kredit Ahmad Zahid menggunakan duit yayasan, yang dibuat oleh Mazlina.

Transaksi itu adalah berhubung pembayaran lebihan kad kredit sebanyak RM18,578 yang mana Mazlina telah membuat pembayaran sebanyak RM 155,183 dari jumlah sebenar iaitu RM 136,604.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata lebihan dan kekurangan pembayaran kad kreditnya adalah disebabkan kecuaian yang diakui sendiri oleh Mazlina dalam mengendalikan perbelanjaaan kad kredit berkenaan.

Malah menurut beliau, Mazlina ketika memberikan keterangan menyatakan tidak tahu, tidak pasti, dan tidak ingat berhubung pengurusan bil kad kredit terbabit.

“Sebagai banker yang terlatih dan berpengalaman, sekiranya saya tahu Mazlina berkelakuan sebegini, saya tidak akan beri kebenaran dan akan menghentikan perbuatannya serta merta.

“Mazlina sendiri tidak pernah menyerahkan dan menunjukkan kepada saya sebarang penyata kad kredit bulanan dan cek dikeluarkan. Sekiranya penyata kad kredit bulanan dan cek itu diserahkan atau ditunjukkan kepada saya, saya tidak akan memberi kebenaran terhadap pembayaran itu,” katanya.

Perbicaraan bela diri di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung lagi esok.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI