fbpx
Sebahagian 300 penduduk bergotong-royong membersihkan kawasan perkuburan pada sambutan 'Raya Enam' di Kampung Durian Kassim, Hulu Terengganu hari ini.

Penduduk Terengganu teruskan tradisi ‘raya enam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Kira-kira 300 penduduk Kampung Durian Kassim di sini meneruskan tradisi meraikan sambutan ‘raya enam’ pada 8 Syawal hari ini.

Masyarakat kampung tersebut menyambut ‘raya enam’ selepas selesai menyempurnakan puasa sunat selama enam hari berturut-turut mulai 2 Syawal hampir setiap tahun sejak tahun 1970-an.

Difahamkan, Kampung Durian Kassim merupakan perkampungan di daerah ini yang masih meraikan ‘raya enam’ secara besar-besaran.

Seorang penduduk, Kamaruddin Mamat, 61, berkata, kebiasaannya sambutan ‘raya enam’ di kampungnya jauh lebih meriah berbanding 1 Syawal.

“Kami akan memulakan dengan acara bergotong-royong membersihkan kawasan perkuburan ahli keluarga sebelum membaca surah Yasin dan tahlil secara beramai-ramai.

“Selesai semuanya, kami akan menikmati juadah raya beramai-ramai dan mengagihkan duit raya kepada kanak-kanak,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Durian Kassim di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI