fbpx
Penyerang negara, Luqman Hakim (kanan) menuntut rakan-rakan sepasukan untuk melupakan kekecewaan pada Sukan SEA Vietnam 2021 dan fokus bagi aksi menentang Korea Selatan di Stadium Lokomotiv malam ini.

Kaka julang Malaysia atasi Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD Bawah 23 Tahun (B-23) negara memulakan kempen Sukan SEA dengan langkah kanan selepas menewaskan pasukan pilihan, Thailand 2-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan B di Stadium Thien Truong, sebentar tadi.

Ketika skuad negara seakan terpaksa berpuas hati dengan satu mata, pemain gantian, Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar muncul hero buat Malaysia apabila pamer ketenangan untuk meledak gol kemenangan pada masa kecederaan babak kedua.

Walaupun tidak berada dalam kesebelasan utama, Muhammad Nur Azfar atau lebih dikenali sebagai Kaka sudah membuktikan kehadirannya bukan sekadar penumpang seperti yang pernah dilakukan pada kempen Kelayakkan Piala Asia B-23 di Oktober tahun lalu.

Sepanjang 90 minit perlawanan, anak buah Brad Maloney menyerlahkan perkembangan positif ketika berjaya memanfaatkan kelebihan seorang pemain selepas Thailand terpaksa bermain dengan 10 orang sepanjang 50 minit.

Terdahulu, minit ke-33, kegagalan dua pertahanan negara untuk mengekang Patrik Gustavsson mengundang padah apabila penyerang itu bijak melepaskan tolakkan untuk memperdaya penjaga gol negara, Azri Ghani.

Bagaimanapun, semangat pemain negara wajar mendapat pujian apabila langsung tidak menunjukkan sikap mengalah dan turut memperoleh beberapa peluang terbaik terutamanya menerusi Luqman Hakim Shamsudin serta Nik Akif Syahiran Nik Mat.

Memasuki minit ke-40, aksi di babak pertama bertambah menarik apabila pertahanan skuad Gajah Perang, Jonathan Khemdee dilayangkan kad merah selepas mengasari Muhamad Syahir Bashah sekaligus menyaksikan Gustavsson menjadi ‘korban’ digantikan oleh Anusk Jaiphet.

Minit ke-61, Thailand yang juga juara Sukan SEA 16 kali makin tertekan selepas Ahmad Daniel Asri menyempurnakan peluang terhidang untuk kembali menyamakan kedudukkan.

Keputusan Maloney memasukkan Hadi Fayyadh Abdul Razak dan Syafik Ismail semakin menambah bisa jentera serangan negara ketika Thailand seakan lebih banyak berkampung di kawasan sendiri.

Minit ke-82, Hadi Fayyadh berjaya melepasi kawalan tiga pemain lawan sebaliknya tandukannya sedikit melewati palang gol namun sebaik memasuki masa kecederaan, Kaka pamer ketenangan untuk mengawal asakan penjaga gol lawan, Kawin Thamsatchanan sebelum melepaskan tolakan ke gawang Thailand. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN