Agus Salim (kiri) beramah mesra dengan pengguna jalan raya ketika pelancaran Op Selamat itu hari ini.

Aildifitri: 100,000 kenderaan guna FRT Sabak Bernam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SABAK BERNAM – Lebih 100,000 kenderaan dijangka menggunakan Jalan Persekutuan 5 (FR5) di sekitar daerah ini bagi perjalanan ulang alik antara Selangor dan Perak menjelang sambutan Aidilfitri minggu depan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, jumlah itu mencatatkan peningkatan sebanyak tiga kali ganda berbanding hari biasa .

“FR5 yang sudah dinaik taraf sepenuhnya itu menjadi antara laluan utama pengguna Selangor dan Perak.

“Justeru, peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan berlaku dan mengundang kepada risiko kemalangan,” katanya selepas melancarkan Op Selamat 18 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di Kilometer 71 Jalan Teluk Intan-Klang di sini, hari ini.

Jelas Agus Salim, pihaknya akan menjalankan pemantauan bagi membantu melancarkan perjalanan orang ramai pulang ke kampung.

“Terdapat tiga konsep pendekatan operasi dilaksanakan iaitu secara statik, mudah alih (mobile) dan penguatkuasaan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN