fbpx
Sebahagian mercun dan bunga api yang dirampas di tebing Sungai Kemasin, Bachok semalam. FOTO IHSAN APMM

APMM patahkan cubaan seludup mercun, bunga api guna jalan laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – Maritim Malaysia (APMM) Kelantan merampas 21 plastik berisi pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM8,240 yang ditinggalkan di tebing Sungai Kemasin di sini semalam.

Rampasan itu dilakukan pukul 4.20 pagi selepas APMM melihat sebuah bot yang dikemudi dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut.

Pengarah APMM Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab. Rahman berkata, bagaimanapun, bot tersebut terus memecut laju ke arah lokasi gelap selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Menurutnya, anggota APMM terus mengejar bot tersebut namun, ia gagal dikesan sebelum berpatah semula ke kawasan tebing sungai itu.

“Pemeriksaan di lokasi itu telah menemui sebanyak 21 plastik hitam mengandungi mercun dan bunga api bernilai RM8,240 dipercayai diseludup dari negara jiran melalui jalan laut.

“Penyeludup dipercayai bertindak meninggalkan sebahagian mercun di tebing sungai sebelum memecut laju bot tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN