Tangkap layar rakaman kamera papan pemuka memaparkan tindakan seorang pemandu menukar lorong secara tiba-tiba hingga menyebabkan kemalangan.

Pemandu ‘lari’ lepas tukar lorong sehingga sebabkan kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan sebuah kereta menukar lorong secara tiba-tiba hingga menyebabkan kemalangan mendapat kecaman orang ramai.

Kejadian itu turut berjaya dirakam oleh kamera papan pemuka dari dua kenderaan berbeza dan kini telah tular di media sosial.

Dalam video tersebut, dilihat sebuah kereta MPV Proton Exora tiba-tiba menukar lorong lalu menyebabkan seorang penunggang motosikal gagal mengelak kenderaan itu.

Penunggang motosikal itu dilihat tercampak dari motosikalnya sebelum terseret dan melanggar bahagian belakang kenderaan lain.

Namun, apa yang mengejutkan ialah, pemandu Proton Exora tersebut langsung tidak turun dari kenderaannya dan hanya berlalu pergi dari lokasi kejadian.

“Proton Exora bagi ‘signal’ sekejap lepas itu terus tukar lorong, bila ‘rider’ tergolek dia pergi macam itu sahaja. ‘Rider’ pun bawa laju semasa jalan tengah sesak. Tahu boleh menyelit, tapi kena fikir juga keselamatan diri,” tulis kapsyen video tersebut.

Tinjauan di ruang komen juga mendapati orang ramai mengecam tindakan pemandu itu yang dianggap tidak bertanggungjawab atas kesalahan yang telah dilakukan.

“Langkah mahu menukar lorong, bagi isyarat dahulu, kemudian tengok cermin sisi. Jika tiada kenderaan lain baru masuk! Itu pun tak tahu ke?,” kata Acab.

“Kalau penunggang motosikal itu bawa perlahan dia tetap akan terlanggar kereta itu. Tak betul tindakan pemandu ini, harap kena tahan sebab nombor kereta pun jelas,” kata Syatri.

“Seeloknya motosikal jangan bawa laju terutama semasa jalan sesak. Menyelit-nyelit pun boleh sebabkan kemalangan juga,” kata Zu.

“Rasanya pemandu Exora langsung tak tengok cermin sisi. Bagi dia yang penting dia dah bagi ‘signal’,” kata Seira.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 16,000 kali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN