Hamzah ketika berucap pada majlis penyerahan surat keputusan kewarganegaraan di Kompleks D, Putrajaya, hari ini. - FOTO FAISOL MUSTAFA

Hanya kerajaan boleh beri kebenaran tinggal di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Hanya Kerajaan Malaysia boleh mengesahkan seseorang individu itu dibenarkan untuk tinggal di negara ini dan bukannya mana-mana pihak yang mengaku boleh memberikan kebenaran tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pendaftaran bagi membolehkan tinggal di Malaysia dibuat oleh satu badan sahaja iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang kini diketuai oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh.

“Isu Rohingya ini sudah lama dan hari ini lebih 150,000 orang yang telah didaftar di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR). Pendaftaran negara kita hanya satu badan diketuai Datuk Ruslin iaitu JPN.

“Dia pendaftar sah untuk daftar mana-mana individu yang tinggal dalam negara kita dan tiba-tiba ada orang lain pula buat pendaftaran. Mengapa?,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Keputusan Kewarganegaraan di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mencari jalan untuk memastikan hanya menerima pengesahan kad dikeluarkan oleh agensi di bawah KDN.

“Bukan oleh mana-mana pihak yang mengaku bahawa ini kad UNHCR, jadi siapa nak pastikan? Malaysia patut pastikan sama ada orang itu sah boleh tinggal dengan kad yang boleh kita berikan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN