PETALING JAYA – Sebuah syarikat yang menjual alat komunikasi dan pengarahnya didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan memiliki dan menjual Media Player TX yang tidak diperakui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dua tahun lalu.
Hakim Jamaludin Mat menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Syarikat itu LC Marketing Network Media Sdn. Bhd. dan pengarahnya, Chen Kaiyi, 37, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas syarikat itu dan pengarahnya masih mengekalkan pengakuan bersalah bersalah ke atas keempat-empat pertuduhan tersebut.
Hari ini adalah fakta kes dan jatuh hukum apabila syarikat itu dan Chen Kaiyi sebelum ini telah mengaku bersalah pada 4 April lalu atas empat pertuduhan tersebut.
Sekiranya denda itu gagal dibayar syarikat itu dan OKS boleh dipenjara selama empat bulan dan OKS membayar denda tersebut.
Mengikut semua pertuduhan syaraikat itu dan pengarahnya didakwa telah ada milikannya dan menjual kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui oleh Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 iaitu dua unit Wireless Media Player masing-masing jenama TX3 model TX3 mini-L dan TX6 model TX6H.
Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kedai menjual komputer Seksyen 14 di sini pukul 12.57 tengahari pada 26 Jun 2020 dan pukul 11 pagi pada 4 Mei 2021 yang didakwa di bawah Peraturan 16 (1)(b) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang dibaca bersama Peraturan 16 (3) Peraturan-peraturan sama yang boleh dihukum di bawah Peraturan 37 Peraturan-peraturan saman.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu peguam Jay Moy Wei Juin memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah menghantar representasi berhubung pertimbangan hukuman.
“OKS mengekalkan pengakuan bersalah selain mengakui fakta kes, ” kata peguam itu.
Bagaimanapun Pegawai Pendakwa daripada SKMM Malaysia Nur Nazhzilah Mohammad Hashim mengesahkan menerima representasi iti dan memohon kesemua barang kes dilucut hak kepada SKMM.
Mengikut fakta kes, pads hari kejadian seorang pegawai dari SIRIM telah membuat pemeriksaan ke atas peralatan komunikasi tersebut di kedai milik OKS.
Hasil siasatan mendapati kesemua item yang dimiliki dan dijual tidak diperakui oleh SIRIM selain tidak diperakui SKMM atau mana-mana agensi pemerakuan berdaftar yang lain.- KOSMO! ONLINE
















