Gambar hiasan

Polis buru pemandu langgar penunggang motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Polis memburu pemandu sebuah kereta yang melanggar penunggang motosikal di lorong khas di Kilometer 12.5, Lebuh Raya Persekutuan, baru-baru ini.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 12.15 tengah malam, 9 April lalu sebelum tular menerusi video berdurasi 2 minit 4 saat di laman Facebook, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kejadian berlaku apabila mangsa berusia 40 tahun sedang menunggang motosikal menghala ke Klang di laluan khas motosikal di lebuh raya tersebut.

“Sebuah kereta dengan nombor pendaftaran VAL7553 dari arah belakang melanggar motosikal mangsa.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh dan cedera di muka serta tangan. Mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Shah Alam, Sarjan Wan Zafirah Wan Mohd Sukri di talian 017-5718125

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN