Hazani (dua dari kiri) melihat aset baharu PGA yang akan digunakan menerusi Op Wawasan Kelantan di Markas Taktikal Lubok Stol, Rantau Panjang semalam. FOTO YATIMIN ABDULLAH

Perintah berkurung ESSZONE dilanjutkan lagi enam bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RANTAU PANJANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menetapkan perintah berkurung membabitkan kawasan perairan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) terus dilanjutkan selama tempoh enam bulan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, tempoh lanjutan yang bermula hari ini itu selari dengan langkah kerajaan seleps membuka pintu sempadan semasa fasa peralihan ke endemik.

Menurutnya, keputusan itu telah dicapai menerusi mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain pada 22 April lalu.

“Meskipun sudah lama tiada kejadian penculikan dan rompakan laut di Sabah, PDRM tetap bersiap sedia dengan sebarang ancaman.

“Kita akan membuat kajian mengenai perkara ini dari masa ke semasa. Ketika saya menjadi Komander dan Pesuruhjaya (Polis Sabah) dahulu, kita buat cadangan untuk angkat sebahagian (perintah berkurung ini). Dengan keadaan semasa ketika ini, kita minta ia dikekalkan,” katanya kepada pemberita semasa hadir ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) di Markas Taktikal Lubok Stol, di sini semalam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN