DUA kakitangan kesihatan di wad kecemasan Hospital Putrajaya hanya mampu berehat di lantai jalan untuk menghilang kepenatan mengurus pesakit Covid-19 yang semakin ramai semalam. – FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR GAMBAR HIASAN

2,478 kes Covid-19; 9,215 kes sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam terus mencatatkan penurunan di bawah angka 3,000 dengan 2,478 kes termasuk tujuh kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,433,551 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh pula merekodkan 9,215 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 4,330,037 kes.

“Mengikut pecahan kes harian semalam, kategori satu sebanyak 928 kes (37.45 peratus), kategori dua sebanyak 1,518 kes (61.26 peratus), kategori tiga sebanyak 16 kes (0.65 kes peratus), kategori empat sebanyak 11 kes (0.44 peratus) dan kategori lima pula sebanyak lima kes (0.20 peratus).

“Dalam masa sama, daripada 32 kes kategori tiga, empat dan lima, 16 kes (50.00 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 10 kes (31.25 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan enam kes (18.75 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 18 kes (56.25 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas dan 19 kes (59.38 peratus) mempunyai komorbid,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, sebanyak 98 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi manakala, 63 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, terdapat lapan kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,507 kes serta sebanyak dua kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,515 kes. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN