fbpx

Pemandu pikap ditahan beli dua tong dram diesel tanpa permit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua tong dram yang diisi minyak diesel dirampas dalam serbuan di sebuah stesen minyak di Gua Musang semalam. FOTO IHSAN KPDNHEP

GUA MUSANG – Seorang pemandu pikap ditahan ketika membeli minyak diesel yang diisi di dalam dua tong dram tanpa permit sah di sebuah stesen minyak di sini semalam.

Lelaki berusia lingkungan 50-an yang sedang mengisi 200 liter minyak diesel ke dalam tong drum ditahan semasa sepasukan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Gua Musang menjalankan serbuan di stesen minyak berkenaan kira-kira pukul 8.45 pagi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Gua Musang, Mohd. Koma Shapii berkata, pemeriksaan turut mendapati lelaki itu sudah mengisi sebanyak 400 liter diesel dalam sebuah tong lain yang berada di ruang belakang kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Katanya, siasatan lanjut mendapati, diesel tersebut dipercayai dibeli untuk kegunaan sendiri.

“Hasil pemeriksaan mendapati, pemandu kenderaan itu juga gagal mengemukakan permit khas iaitu surat kebenaran bertulis yang dikeluarkan oleh KPDNHEP.

“Kesemua dua tong berisi diesel dan sebuah pikap itu dirampas untuk membantu siasatan yang membabitkan jumlah sitaan bernilai RM15,000,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan 1961. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI