fbpx
MANGSA mengalami kecederaan di kepala dan badan selepas ditetak seorang ahli keluarga di sebuah rumah di Kampung Sedili Kecil, Kota Tinggi pada Khamis lalu.

‘Empat mangsa tetak menjerit, kami takut nak tolong’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Kejadian amuk yang menimpa empat beranak di Kampung Sedili Kecil, Kuala Sedili di sini pada Khamis lalu bukan hanya mengejutkan ahli keluarga mangsa, malah turut menggemparkan penduduk sekitar.

Seorang jiran yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 30-an berkata, dia ada terdengar orang menjerit meminta tolong dari rumah sebelah ketika mereka sedang menunggu azan maghrib untuk berbuka puasa.

“Selepas dengar orang minta tolong, saya terus bergegas tengok apa yang sebenarnya berlaku. Sebaik sampai, saya terkejut bila nampak suami mang­sa sedang mengamuk.

Berita berkaitan: 4 sekeluarga parah ditetak ketika mahu berbuka puasa

“Empat orang kena tetak, mereka semua berlumuran darah dan ada yang cedera di kepala, tangan dan badan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Susulan kejadian itu, Ahmad berkata, jiran-jiran yang berada di sekeliling cuba untuk membantu, tetapi bimbang menjadi sasaran suspek yang bersenjatakan parang.

“Selepas dia tetak, suspek melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Honda,” tambahnya.

Ahmad berkata, sebaik suspek melarikan diri, beberapa jiran kemudian menghubungi talian kecemasan untuk melaporkan kejadian sebelum mereka membawa mangsa yang cedera ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN