SEREMBAN – Tempoh reman seorang lelaki etnik Rohingya disambung enam hari lagi bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan rakan senegaranya di Jalan Bukit Tembok di sini, minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, perintah reman ke atas suspek berusia 40 tahun itu yang berakhir semalam dilanjutkan sehingga 19 April depan.
“Suspek kes bunuh (rakan etnik Rohingya) yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan disambung sehingga 19 April 2021,” katanya di sini hari ini.
Sebelum ini, pada 6 April lalu Kosmo! melaporkan mayat seorang lelaki etnik Rohingya ditemui dengan kesan tikaman di bahagian perut dipercayai dibunuh oleh rakan senegara di sebuah rumah di Jalan Bukit Tembok di sini. -KOSMO! ONLINE
















