Richard Wills ketika mengadakan sidang akhbar di Hospital Pakar Pasir Gudang hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

Pengurus resort rasa bertanggungjawab, hargai usaha Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR GUDANG – Pengurus Resort Sea Gypsy Village di Pulau Sibu Besar, Mersing mengambil rasa bertanggungjawab terhadap insiden kehilangan empat penyelam yang hanyut ketika melakukan aktiviti itu berhampiran Pulau Tokong Sanggol.

Richard Wills berkata, keempat-empat penyelam tersebut termasuk jurulatih berasal dari Norway, Kristine Grodem menginap di resort berkenaan sebelum mereka turun menjalani latihan di laut.

Beliau yang boleh berbahasa Melayu menghargai usaha keras pihak berkuasa Malaysia mencari keempat-empat mangsa terbabit.

“Saya rasa bertanggungjawab dengan apa yang berlaku kerana keempat-empat penyelam itu menginap di Sea Gypsy Village sebelum menjalani latihan menyelam.

“Hari ini saya menerima khabar gembira kerana dua penyelam iaitu Alexia Alexandra Molina dan Adrian Peter dijumpai selamat dan kini menerima rawatan di Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang,” jelasnya tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN