fbpx
BAKRI Sawir (kiri) dan Redzuan (kanan) dalam sidang akhbar di Seremban hari ini.- FOTO- ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

Negeri Sembilan catat kes pertama Demam Babi Afrika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN- Negeri Sembilan mencatatkan kes pertama virus African Swine Fever (ASF) atau penyakit Demam Babi Afrika apabila ia sah dilaporkan berlaku Kampung Baru Site A, Tanah Merah, Lukut, Port Dickson semalam.

Dua kes positif itu disahkan telah menjangkiti babi di sebuah ladang yang tidak berlesen dan dipercayai dibawa dari negeri Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Bakri Sawir, pihaknya telah dimaklumkan mengenai kes tersebut pada 7 April lalu.

“Pihak kami telah mendapat maklumat lewat petang pada 7 April lalu dan dua sampel telah diambil. Pada 8 April (semalam) pihak kami telah menerima keputusannya iaitu dua kes positif dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

“Bagaimanapun, ia sudah dikawal dan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri telah mengambil tindakan yang proaktif denan menyita kawasan itu dan memastikan tiada sebarang pergerakan keluar masuk di kawasan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN