Pihak forensik kelihatan berada di lokasi penemuan tengkorak pada 7 April lalu FOTO: MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Keputusan DNA tengkorak, cebisan tulang diketahui seminggu lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tengkorak, geraham dan cebisan tulang yang ditemui di Taman Bukit Zamrud di sini, Khamis lalu akan diperoleh dalam tempoh seminggu lagi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, ujian DNA itu nanti akan menentukan sama ada tulang-tulang tersebut sah milik seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dilaporkan hilang atau sebaliknya.

“Kita tunggu laporan daripada pihak forensik dan patalogi dahulu.

“Satu minggu lagi mungkin dapat keputusan DNA,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penemuan tengkorak, geraham dan cebisan tulang dipercayai milik seorang kanak-kanak perempuan disyaki mangsa bunuh yang ditemui di kawasan tangki air di Taman Bukit Zamrud di sini, kelmarin. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN