fbpx
Telefon bimbit dan kad ATM yang dirampas polis semasa serbuan di sekitar Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.

Sindiket jual kad ATM tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Sembilan individu termasuk seorang wanita ditahan selepas disyaki terlibat dalam penjualan kad ATM (mule akaun) menerusi dua serbuan yang dijalankan di sekitar Kampung Melayu Majidee, di sini semalam dan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia lingkungan 32 hingga 40 tahun.

Menurutnya, suspek berperanan sebagai ejen penjualan kad ATM tersebut.

“Mereka mendapat bayaran RM600 untuk penjualan setiap kad ATM yang diperoleh yang mana kad berkenaan akan dijual semula kepada sindiket ‘money game’ atau pelaburan atas talian dengan harga antara RM1,600 hingga RM1,900 bagi setiap kad.

“Siasatan mendapati tujuh daripada sembilan suspek mempunyai rekod lampau melibatkan kes jenayah dan penyalahgunaan dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, menerusi serbuan yang dijalankan juga, pihak polis turut merampas 19 keping kad ATM dan enam telefon bimbit pelbagai jenama.

Katanya, kesemua suspek direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN