fbpx

Askar Rusia di Ukraine maut diserang lebah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawanan lebah tersebut ‘menyerang’ askar Rusia di sebuah kem. – Getty Images

KIEV – Tiga askar Rusia dilaporkan maut, manakala 25 yang lain  dimasukkan ke hospital selepas mereka diserang oleh kawanan lebah di sebuah kem di Ukraine, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut laman berita tempatan, Kherson News, kawanan lebah itu didakwa ‘menyertai’ tentera Ukraine berperang demi mempertahankan negara itu.

Lebah-lebah tersebut dikatakan keluar dari sarangnya berhampiran sebuah kampung di daerah Oleshkovsky dan menyerang sebuah kem tentera Rusia.

Ia dikatakan bertindak demikian kerana kekurangan makanan.

Tiada maklumat mengenai spesies lebah yang menyerang itu, namun lebah paling berbahaya di dunia dilaporkan jarang ditemui di Eropah.

Sejenis lebah pembunuh yang dikenali sebagai lebah madu Afrika akan mengerumuni mangsa dan menyengat mereka dengan bisa yang mampu membunuh. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI